TopBottom

Announcement: Selamat bercuti. Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah yang bakal menjelang.

43 orang 5A di SK Seri Bayu

Posted by j-qaf at Wednesday, November 12, 2008
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Manjung: Keputusan UPSR seluruh negara seramai 46,641 pelajar atau 9.2 peratus daripada 518,616 pelajar mendapat keputusan cemerlang semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

Di SK Seri Bayu, Manjung, seramai 43 orang murid mendapat 5A. Ia meningkat dari segi bilangan murid yang mendapat A dala semua matapelajaran berbanding tahun lepas iaitu 23 orang mendapat A dalam semua matapelajaran.

Tahniah diucapkan kepada murid yang berjaya. Semoga kejayaan sentiasa bersama anda semua. Read more...

Labels:

Warna Warni 2008

Posted by j-qaf at Tuesday, November 11, 2008
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Warna warni kenangan warga SK Seri Bayu tahun 2008. Antara suasana kemeriahan program dan telatah murid dan guru yang sempat dirakamkan sebelum tahun 2008 melabuhkan tirainya.

Telatah murid membuat latihan untuk persembahan murid j-QAF (Bahasa Arab).













Suasana Pembelajaran Dalam Kelas

Suasana murid sedang membuat latihan/ latih tubi dalam kelas.














Hari Sukan

Suasana gerai Kelab Guru SKSB ketika hari sukan sekolah. Penolong Kanan 1, Ketua Panitia Pend. Islam dan guru-guru sedang asyik melayan karenah murid membeli burger.












Sambutan Maulidur Rasul

Penyelia Pendidikan Islam & Moral PPD Manjung sedang memberi ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Seri Bayu di Dataran Wawasan.












Majlis Khatam Al-Quran sempena Ihya Ramadhan

Suasana Majlis Khatam Al-Quran sempena Ihya Ramadhan peringkat sekolah.












Guru Besar sedang menyampaikan cenderahati kepada peserta Khatam Al-Quran.













Sambutan Hari Kebangsaan

Murid sedang menyanyi lagu patriotik sambil melihat lirik lagu ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah.












Suasana kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah.












Bendera dikibarkan menyatakan kecintaan kepada tanahair. Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Sekolah Wawasan( SKSB, SJK(T), SJK(C).












Kelas j-QAF

Suasana kelas Al-Quran( j-QAF ). Murid-murid sedang membaca Al-Quran dengan dipimpin oleh guru.












Murid khusyuk membaca Al-Quran. Read more...

Labels:

Adik Muhammad Akmal wakil Daerah Manjung ke

Posted by j-qaf at
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SK Sungai Wangi: Ihtifal j-QAF peringkat Daerah Manjung telah diadakan pada 28 Ogos baru-baru ini. SK Seri Bayu berjaya ke peringkat daerah dalam acara tilawah lelaki dan kuiz.

Muhammad Akmal dari SK Seri Bayu telah mendapat johan dalam kategori tilawah lelaki. Beliau telah membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan. Beliau juga akan mewakili daerah Manjung ke peringkat negeri Perak yang akan di adakan pada bulan Oktober nanti di Manjung.
Bagi kategori perempuan, johan ialah dari SK Pangkalan TLDM II.

Dalam acara kalam jama`ie pula, johan ialah dari SK Seri Sitiawan. Manakala acara kuiz pula ialah dari sekolah SK Pangkalan TLDM. Kesemua johan bagi setiap acara akan mewakili daerah ke peringkat negeri.



Gambar sebelah ( peserta kuiz SK Seri Bayu) dalam acara kuiz, mereka telah mendapat tempat saguhati. Mereka mendapat tempat keempat.

Majlis telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi, Penolong Pengarah j-QAF Perak. Read more...

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Posted by j-qaf at
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Kemeriahan sambutan hari kebangsaan peringkat Sekolah Wawasan iaitu SK Seri Bayu, SJK (T) Pundut dan SJK (C) Chung Cheng, Lumut. Ia disambut secara bersama sebagai tanda perpaduan kaum yang bertepatan dengan tema hari kebangsaan kali ini " Perpaduan Teras Kejayaan". Ia telah diadakan di Dataran Wawasan.







Sambutan yang disertai
oleh guru-guru ketiga-tiga sekolah mengibarkan jalur gemilang sambil menyanyikan lagu patriotik negara dengan penuh semangat.












Antara murid SJK(C) Chung Cheng yang menyertai sambutan hari kebangsaan.














Sebahagian kemeriahan sambutan hari kebangsaan peringkat Sekolah Wawasan Manjung. Murid-murid sama mengibarkan kemegahan jalur gemilang sebagai tanda cintakan tanahair.



Read more...

Labels:

SK Seri Bayu johan Tilawah Ihtifal j-QAF

Posted by j-qaf at
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SK KDSK, 7 Ogos: Ihtifal j-QAF 2008 peringkat Zon Lumut/ Pangkor telah diadakan di SK KDSK baru-baru ini. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran dan Kalam Jama`ie.

Adik Muhammad Akmal b. Abd Aziz dari SK Seri Bayu telah mendapat johan dalam pertandingan Tilawah Al-Quran bahagian lelaki yang akan mewakili Zon Lumut/ Pangkor ke peringkat Daerah Manjung yang akan diadakan di SK Sungai Wangi.

Bagi peserta tilawah bahagian perempuan pula, adik Nur Azian bt. radzi mendapat saguhati. Manakala Kalam Jama`ie juga mendapat saguhati. SK Seri Bayu telah disertai oleh murid-murid perempuan yang terdiri daripada murid tahun 2, 3 dan 4.

Tahniah diucapan. Read more...

Suasana KBS Tahun 4 tahun 2008

Posted by j-qaf at
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Kem Bestari Solat bagi tahun 4 tahun 2008 telah selamat diadakan dengan jayanya. peserta yang terlibat seramai 143 orang murid.


Suasana aktiviti-aktiviti program Kem Bestari Solat yang sempat dirakamkan.


Tentatif program Kem Bestari Solat. aktiviti kali ini ialah melibatkan mengambil wuduk dan perbezaan solat secara individu dan solat secara berjamaah.


Guru menunjukkan cara mengambil wuduk menggunakan air dari botol/ spray.


Murid mempraktikkan cara mengambil wuduk denggan menggunakan air dari botol spray dengan bantuan kawan.


Murid-murid tahun 4 sedang mengambil wuduk dalam bilik wuduk.


Read more...

Labels:

Contact

Posted by j-qaf at
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit


Alamat:

SK Seri Bayu,
Kompleks Sekolah Wawasan Manjung,
32040 Seri Manjung, Perak.

Tel: 05 6888950
Fax: 05 6883866

Web: http://www.skseribayu.edu.my
E-mail: skseribayu@yahoo.com
Read more...

Perak juara keseluruhan

Posted by j-qaf at
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit




KUALA TERENGGANU: Perak mendapat johan keseluruhan dalam Festival Nasyid Kementerian Pelajaran Malaysia.

Perak mendapat johan bagi kategori menengah, naib johan kategori rendah. Acara itu disertai 16 kontinjen dari seluruh Malaysia.

Ia telah diadakan di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu. Read more...

Majlis Khatam Al-Quran 2008

Posted by j-qaf at
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

BERUAS: Majlis Khatam Al-Quran 2008 peringkat daerah Manjung akan diadakan pada awal bulan Ogos nanti. Menurut tuan rumah (SK Beruas), program itu akan diadakan di perkarangan masjid bersebelahan dengan sekolah di Beruas.

Ia dijangka akan disertai kira-kira 500 orang murid tahun enam dan j-QAF seluruh daerah Manjung. disamping diringi oleh guru pengiring masing-masing. Penduduk setempat juga dijangka hadir bagi memeriahkan lagi majlis itu.

Program ini akan dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam Daerah Manjung dan SK Beruas diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah dan menyelaras program tersebut.

Menurut penyelaras program, majlis itu akan diraikan dengan persembahan daripada kumpulan nasyid daerah Manjung yang mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan di Terengganu. Ia juga dijangka akan diserikan dengan bacaan Qiraat oleh Qariah jemputan, naib johan Akademi Al-Quran (AQ) TV9 2008. Read more...

Surau Al-Falah

Posted by j-qaf at
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SK SERI BAYU: Surau sekolah ini menjadi tempat penting bagi aktiviti Pendidikan Islam. Antaranya ialah P&P, tayangan vcd,
kelas tasmik j-QAF, bacaan Yassin tahun 6 dan sebagainya.



Pintu masuk ke dalam surau.



Permandangan luar surau.



Permandangan dalam surau. Pelbagai bahan bantu mengajar yang terdapat di sini, antaranya Televisyen, Radio, set video cd dsb.



Rehal untuk kegunaan kelas P&P.


Surau ini pernah menyertai pertandingan AGA Surau peringkat negeri Perak. Ia telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan itu. Read more...

Labels:

Kem Bestari Solat 2008

Posted by j-qaf at
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SK SERI BAYU, 14 MEI: j-QAF SK Seri Bayu telah mengadakan Kem Bestari Solat bagi tahun 2008. Kem kali ini hanya melibatkan semua murid tahun dua yang terdiri 141 orang murid.
10 kumpulan telah dipecahkan dengan diagihkan kepada 10 orang fasilitator terdiri daripada 6 orang guru j-QAF dan 4 guru PI.











Aktiviti yang dijalankan bagi kem kali ini ialah teori dan amali wuduk beserta dengan bacaan dalam solat seperti bacaan doa Iftitah, Fatihah, Surah-surah pendek dan bacaan tahiyyat. Read more...

Labels:

Organisasi j-QAF SKSB

Posted by j-qaf at Monday, November 10, 2008
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Harap maaf, belum dikemaskini

TERIMA KASIH Read more...