TopBottom

Announcement: Selamat bercuti. Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah yang bakal menjelang.
Showing posts with label Maklumat. Show all posts
Showing posts with label Maklumat. Show all posts

Cabaran j-QAF 2010

Posted by j-qaf at Sunday, January 10, 2010
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Oleh: Peg. Khas PI Manjung

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk mengecapi nikmat di tahun baru 2010 ini.
Tentunya tahun baru ini lebih banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh semua yang bergelar pendidik, sama ada dari segi kurikulum pendidikan Islam, ko kurikulum dan dakwah.
Di kesempatan ini bagi semua guru Pendidikan Islam sekolah rendah sama ada j-QAF atau bukan ada beberapa maklumat ingin dikongsi bersama.

1. Keperluan guru 2010
makluman untuk semua, bagi tahun 2010 saya dimaklumkan pengambilan guru j-QAF akan dibuat pada bulan Jun akan datang tidak pada Januari seperti tahun sebelumnya. Beberapa buah sekolah mengalami kekurangan guru yang agak kritikal.
Cadangan bagi mengatasi masalah.
Bagi sekolah yang menghadapi masalah ini dicadangkan seperti berikut :
Jadual waktu Tahap 2, P&P secara kolaboratif (pairing) tidak berlaku bagi bahagian ulum syariah dan Jawi. Bermakna hanya seorang GPI sahaja terlibat. Sekiranya masih tidak dapat mengatasi masalah bebanan waktu mengajar cara tersebut boleh diaplikasikan pada tahap 1.
Saya dimaklumkan terdapat sekolah (j-QAF sampai Tahap 2/ Tahun 6) yang kekurangan guru j-QAF opsyen Bahasa Arab. Guru j-QAF opsyen PI diharapkan dapat membantu mengajar matapelajaran BA kerana opsyen keduanya adalah Bahasa Arab. Untuk makluman guru opsyen Bahasa Arab juga perlu terlibat dengan program j-QAF lain seperti al-Quran, Tasmik, Bestari Solat dan lain-lain.
Saya harap semua guru dapat bekerjasama sewajarnya bagi menjayakan objektif program ini.


2. Pemantauan pelaksanaan j-QAF awal tahun 2010
Diharapkan semua sekolah pelaksanaan j-QAF dapat mengemaskini semua rekod dan sistem fail sama ada Panitia Pendidikan Islam atau perkara yang berkaitan dengan j-QAF. Fokus pemantauan pada kali ini ialah sekolah pelaksanaan j-QAF 2005 dan 2009. Harap dapat bersedia awal seperti jadual waktu tasmik, perancangan/takwim kem Bestari Solat, KLaQ dan semua rekod.

3. Program kecemerlangan/ aktiviti 2010
Sebagai tindakan awal untuk kecemerlangan j-QAF, Kem Literasi al-Quran (KLaQ) perlu di rancang dan dilaksanakan antara Januari dan Februari ini bagi murid-murid yang masih Iqrak 1-3 khususnya tahap 2. Bagi murid tahun 6 juga perlu ada perancangan untuk memastikan murid akan khatam sebelum Jun 2010.

Diharapkan semoga slogan "j-QAF Tanpa Gagal" menjadi kenyataan dan ia menjadi azam kita bersama.

Ilal Liqa' Wassalam
Read more...

Labels:

Laman ini sedang menghadapi masalah

Posted by j-qaf at Wednesday, November 11, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Salam semua sahabat dan pengunjung laman ini. Kami sedang mengalamani masalah yang tidak dapat dielakkan.

Harap maaf daripada anda semua.


Kami sedang memperbaiki masalah ini secapat yang mungkin.
Read more...

Labels:

Segera membuat kemas kini data – Ustaz Amini

Posted by j-qaf at Saturday, October 24, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SK Seri Bayu, 22 Okt: Guru j-QAF diminta membuat persiapan untuk kemas kini data j-QAF bagi bulan Oktober dengan seberapa segera sebelum dipanggil bagi pengumpulan data di PKG Sitiawan November depan.


Peringatan ini dibuat oleh Ustaz Mohamad Amini, Pegawai Khas Unit Pendidikan Islam & Moral PPd Manjung ketika berucap dalam majlis kursus guru j-QAF di SK Seri Bayu semalam.

Kepada guru yang ditugas oleh sekolah masing-masing, bolehlah membuat pengisian data itu selepas selesai pelaksanaan PKSR kerana markah PKSR Bahasa Arab perlu diisi dalam data berkenaan.

Ustaz Amini mengatakan, data itu perlu disegerakan kerana untuk mengelak daripada berlakunya kesilapan teknikal ketika pengumpulan data nanti.

Read more...

Labels:

Hantar laporan KLaQ – Ustaz Amini

Posted by j-qaf at
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SK Seri Bayu, 22 Okt: Ustaz Mohamad Amini b. Mat Ali, Pegawai Khas UPI Manjung telah meminta kepada semua sekolah pelaksanaan j-QAF daerah Manjung menyediakan satu laporan ringkas berkenaan pelaksanaan Kem Literasi Al-Quran (KLaQ) di peringkat sekolah kepadanya dengan seberapa segera.


Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Amini.
Lawati blog UPI Manjung di : http://upimanjung.blogspot.com
Read more...

Labels: