TopBottom

Announcement: Selamat bercuti. Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah yang bakal menjelang.
Showing posts with label Manjung. Show all posts
Showing posts with label Manjung. Show all posts

Tahniah buat Ustaz Shamsul SK Seri Sitiawan

Posted by j-qaf at Monday, November 16, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Pihak tenaga kerja j-QAF SKSB team ingin mengucapkan tahniah buat guru j-QAF SK Seri Sitiawan, Ustaz Shamsul Azri yang mendapat anugerah penghargaan daripada PPD Manjung baru-baru ini. Penghargaan itu diberikan di atas kejayaan beliau meningkatkan nama Manjung di peringkat negeri atau Kebangsaan.

( Gambar: Ustaz Shamsul sedang menerima anugerah daripada PPD )


Ustaz Shamsul merupakan jurulatih pasukan nasyid SK Seri Sitiawan ( Shoutun Naajihiin ) yang mewakili daerah Manjung dan negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan dua tahun berturut-turut.

Kumpulan Shoutun Naajihiin telah mendapat tempat ketiga tahun ini di peringkat kebangsaan yang telah diadakan di negeri Pahang.

Tahniah diucapkan. Semoga beliau menjadi perangsang kepada guru-guru j-QAF yang lain dalam menobatkan Manjung di persada Perak dan Malaysia.

"Manjung sentiasa di depan"
Read more...

Labels:

Ihtifal j-QAF peringkat daerah Manjung 2009

Posted by j-qaf at
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SK Seri Manjung, 7 Nov -- j-QAF Daerah Manjung anjuran PPD Manjung telah melaksanakan satu program kemuncak Ihtifal j-QAF akhir 2009 di SK Seri Manjung baru-baru ini. Peserta-peserta yang menyertai terdiri daripada pemenang saringan yang telah dilakukan sebelum ini.


Ihtifal peringkat daerah ini telah dilewatkan pelaksanaannya kerana arahan daripada PPD untuk menangguhkan buat sementara waktu semua program. Ia disebab penularan virus selesema H1N1 yang membimbangkan.

Selepas penularan virus berkenaan telah reda, Ihtifal j-QAF telah dilaksanakan dengan jayanya.

Antara acara yang dipertandingankan peringkat akhir ini ialah, Kalam Jama`ie, Tilawah dan Kuiz j-QAF.

SK Beruas telah menjuarai pertandingan Kalam Jama`ie mengalahkan 5 sekolah lagi yang dapat ke peringkat akhir. Tilawah lelaki pula dimenangi peserta dari SK Dato` Seri manakala bahagian perempuan dimenangi oleh tuan rumah, SK Seri Manjung. Kuiz j-QAF pula dimenangi oleh SK TLDM 1.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran daerah Manjung, Encik Muhd Suod bin Mat Thani. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

SK Seri Bayu juga turut menyertai pertandingan akhir itu dalam acara Tilawah lelaki ( tempat keempat ) dan Kuiz j-QAF ( tempat ketiga ).

Tahniah diucapkan kepada pemenang!
Read more...

Labels:

Ihtifal j-QAF peringkat Daerah Manjung 2009

Posted by j-qaf at Saturday, October 24, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SK Seri Bayu, 22 Okt: Ihtifal j-QAF peringkat Daerah Manjung akan diadakan pada 7 November ini kata Pegawai Khas Unit Pendidikan Islam & Moral PPD Manjung, Ustaz Mohamad Amini b. Mat Ali di sini semalam.


Beliau menyatakan perkara itu ketika ucapan alu-aluan program Kursus SP & HSP Bahasa Arab tahun 3 bagi guru j-QAF opsyen Bahasa Arab peringkat Daerah Manjung di Dewan Samudera, SK Seri Bayu.

Ihtifal daerah di peringkat awalnya dirancang pelaksanaanya selepas selesai peringkat saringan setiap bulan lepas. Namun atas arahan Tuan Pegawai PPD Manjung kerana disebabkan penularan H1N1 baru-baru ini terpaksa ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan.

Selepas penularan dilihat berada dalam keadaan stabil, pihak PPD Manjung melalui Unit Pendidikan Islam & Moral telah menetapkan tarikh 7 November akan diadakan Ihtifal j-QAF.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah, Tilawah lelaki & perempuan, Kuiz j-QAF dan Kalam Jama`ie.

SK Seri Bayu merupa antara sekolah yang terlibat dalam pertandingan akhir peringkat daerah itu dalam acara kuiz selepas mendapat johan di peringkat saringan baru-baru ini.

Read more...

Labels:

Peserta kursus SP dan HSP Bahasa Arab Daerah Manjung 2009

Posted by j-qaf at
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Suasana kursus SP dan HSP Bahasa Arab tahun 3 untuk pengajaran 2010 Daerah Manjung di Dewan Samudera, SK Seri Bayu.


( Gambar atas: Sesi bergambar selepas selesai kursus oleh para peserta kursus yang terdiri daripada guru-guru j-QAF ambilan 2005 hingga 2008 )

( Gambar: Para peserta kursus tekun mendengar pembentangan modul daripada fasilitator )
Read more...

Labels:

Kursus SP dan HSP Bahasa Arab tahun 3 Daerah Manjung

Posted by j-qaf at Wednesday, October 21, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SK Seri Bayu, 22 Okt: PPD Daerah Manjung anjuran Unit Pendidikan Islam telah melaksanakan satu kursus bagi guru-guru j-QAF opsyen Bahasa Arab hari ini di Dewan Samudera, SK Seri Bayu.

Kursus ini diadakan bagi memantapkan guru-guru j-QAF opsyen Bahasa Arab dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing.

( Gambar: Ust Amini sedang memberi ucapan alu-aluan )

Pengisian kursus ini ialah penghuraian dan penerangan tentang pelaksanaan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Arab bagi Tahun 3 yang terbaru.


Peserta kursus seramai 35 orang yang mewakili 35 buah sekolah pelaksanaan 2005 hingga 2008.

Kursus bermula pada jam 7.30 pagi (pendaftaran peserta). Program bermula jam 8.00 pagi dengan dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Pegawai Khas Pendidikan Islam & Moral PPD Manjung, Al-Fadhil Ustaz Mohamad Amini b. Mat Ali. Turut menghadiri program ini ialah Ustazah Aminah, Penyelia Pendidikan Islam & Moral PPD Manjung.

( Gambar kanan: Ustazah Aminah sedang menyemak kad biru peserta kursus )

Kemudian program bermula dengan pembentangan oleh 3 orang pembentang modul P&P Sukatan Pelajaran baru bagi tahun 3 pelaksanaan 2010.

Kursus dijangka berakhir pada jam 5.00 petang.










( Gambar : Fasilitator sedang membentang modul P&P Bahasa Arab. Dari kiri Ust. Azrin, Ust. Ahmadal dan Ustazah Salina )
Read more...

Labels:

Kursus SP dan HSP Bahasa Arab

Posted by j-qaf at Wednesday, October 14, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

j-QAF Perak akan mengadakan Kursus SP dan HSP Bahasa Arab. Kursus ini melibatkan semua SK yang mempunyai kelas Bahasa Arab Tahun 3 di Tahun 2010. Seorang guru Bahasa Arab sekolah pelaksanaan j-QAF tahun 2005 - 2008 terlibat dengan kursus ini.


Kursus ini akan dilaksanakan di peringkat daerah masing-masing termasuklah Daerah Manjung.

Kursus peringkat Daerah Manjung akan diadakan pada 22hhb Okt 2009 di Dewan Samudera, SK Seri Bayu. Seramai 35 orang peserta yang terlibat dengan kursus ini.
Read more...

Labels:

Kursus Kecemerlangan j-QAF Anjuran IPGMKTB kerjasama JPN Perak di Kulim, Kedah

Posted by j-qaf at Monday, August 3, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak telah menganjurkan Kursus Kecemerlangan j-QAF untuk Jurulatih Utama Negeri. Kursus ini diadakan sebanyak 2 siri. Siri pertama telah diadakan pada 7 -9 Julai 2009 bertempat di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (BPG), Sungai Karangan, Kulim.


Seramai 40 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut mewakili 5 daerah seluruh negeri Perak. Kursus ini turut dihadiri oleh 5 orang wakil PPD daerah sebagai urusetia. Slot pertama telah disampaikan oleh Ustaz Ali Ahmad b Yusof dari SK King Enward IV (1) berkaitan penggunaan Lughatul Fasli dalam P&P. Dr Nazmi Desa dari IPTB turut menyampaikan ceramah bertajuk Thoriqah Muabasyarah pada hari kedua. Ceramah ketiga diteruskan dengan penyampaian oleh Ustaz Abdul Aziz bin Hassan @Yahya dari IPDA bertajuk Al'aab Lugahwiyah. Beliau seterusnya mengendalikan pembentangan bengkel sehingga jam 12.00 malam!!!

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tn Hj Daud bin Mat Saman, Timbalan Pengarah IPGMKTB. Beliau menyentuh tentang kepantingan Bahasa Arab dalam penggunaan harian. Beliau turut bangga dengan pendedahan Bahasa Arab kepada para pelajar diperingkat kanak-kanak lagi. "Saya amat berharap kerjasama ini dapat berjalan dengan baik di samping dapat menyampaikan tanggungjawab kepada guru dan anak-anak pelajar di sekolah", tegasnya.

Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Perak amat berharap kerjasama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dengan memperbanyakkan lagi program-program dan kursus-kursus yang dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi dan kemahiran guru

Read more...

Labels:

Tahniah buat Shoutun Najihin

Posted by j-qaf at Tuesday, July 28, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit


j-QAF SK Seri Bayu team blog mengucapkan tahniah buat kumpulan nasyid Shoutun Najihin yang telah mendapat tempat ketiga dalam Festival Nasyid Kebangsaan KPM 2009 yang diadakan di Kuantan, Pahang.


Acara itu diadakan pada 14 hingga 17 Julai 2009 yang bertempat di Wisma Belia Indera Mahkota.

Kumpulan Shoutun Najihin merupakan wakil dari negeri Perak dalam festival itu. Kumpulan itu juga merupakan dari SK Seri Sitiawan, Manjung Raya di bawah bimbingan Al-Fadhil Al-Ustaz Shamz yang merupakan guru j-QAF Daerah Manjung.

Tahniah diucapkan.
Read more...

Labels: