TopBottom

Announcement: Selamat bercuti. Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah yang bakal menjelang.

Majlis Khatam Al-Quran 2008

Posted by j-qaf at Tuesday, November 11, 2008
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

BERUAS: Majlis Khatam Al-Quran 2008 peringkat daerah Manjung akan diadakan pada awal bulan Ogos nanti. Menurut tuan rumah (SK Beruas), program itu akan diadakan di perkarangan masjid bersebelahan dengan sekolah di Beruas.

Ia dijangka akan disertai kira-kira 500 orang murid tahun enam dan j-QAF seluruh daerah Manjung. disamping diringi oleh guru pengiring masing-masing. Penduduk setempat juga dijangka hadir bagi memeriahkan lagi majlis itu.

Program ini akan dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam Daerah Manjung dan SK Beruas diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah dan menyelaras program tersebut.

Menurut penyelaras program, majlis itu akan diraikan dengan persembahan daripada kumpulan nasyid daerah Manjung yang mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan di Terengganu. Ia juga dijangka akan diserikan dengan bacaan Qiraat oleh Qariah jemputan, naib johan Akademi Al-Quran (AQ) TV9 2008.

0 comments:

Post a Comment