TopBottom

Announcement: Selamat bercuti. Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah yang bakal menjelang.
Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Mesyuarat staf sesi persekolahan 2010 hari ini

Posted by j-qaf at Sunday, December 27, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SKSB, 28 disember: Mesyuarat pertama staf SK Seri Bayu bagi sesi persekolahan 2010 sedang berjalan pada hari ini. Ia bermula jam 9 pagi sebentar tadi bertempat di Dewan Samudera.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan bacaan doa oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam, Ustaz Ahmad Fuad b. Samson.

Mesyuarat sedang berjalan dengan ucapan guru besar menyampaikan taklimat bagi persediaan persekolahan sesi 2010 tahun depan.

Mesyuarat sedang berjalan.
Read more...

Labels:

Warna-warni Hari Anugerah Cemerlang 2009

Posted by j-qaf at Friday, December 18, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Jumaat, 20 Nov: Jam 8.00 malam, Hari Anugerah Cemerlang SKSB Tahun 2009 telah berjaya diadakan di Dataran Wawasan SKSB. Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran oleh Tuan Haji Ahmad Shazali bin Haji Mohd Amin, Mantan Pegawai Pelajaran Daerah (R) Manjung ( sebagai Perasmi Majlis ).

Turut bersama beliau adalah Tuan Haji Massuti bin Topo, Penyelia Sekolah Rendah Daerah Manjung, Encik Tajul Ashikin bin Tajul YDP PIBG SKSB dan Puan Malliga Davi a/p Muniandy Guru Besar SJKTMP. Lebih kurang 100 orang tetamu telah menghadiri dalam majlis ini untuk menyaksi majlis tersebut walaupun dalam keadaan hujan.

Pelbagai acara telah disediakan untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Antaranya adalah : Persembahan Nasyid, Tarian Robotik ( oleh murid Pendidikan Khas ), Persembahan Orchestra, Penyampaian Hadiah Kedudukan, Matapelajaran Terbaik, Anugerah Khas Kebangsaan, Anugerah Tunas Harapan, Anugerah 5A, Anugerah Nilam, Anugerah Khas Guru dan Tokoh Murid 2009. Majlis bersurai pada pukul 11.00 malam. Tahniah dan syabas kepada semua yang telah bekerja keras untuk menjayakan majlis tersebut.

Tokoh Guru SKSB tahun 2009 : Uztah Ahmad Fuad b Samson dan Puan Nor Izzah bt Abdul Karim
Tokoh murid SKSB tahun 2009 : Mohamad Afiq Syazwan bin Mohd Yusof dan Siti Nurhani Hazwani binti Abdul Dahaman.
Read more...

Labels:

Takziah kepada Cikgu Surani di atas pemergian ibu tercinta

Posted by j-qaf at Thursday, December 17, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Kami guru j-QAF SKSB mengucapkan takziah buat Cikgu Surani bt. Othman (guru SKSB) dan keluarga di atas pemergian bonda tercinta ke rahmatullah hari ini. Menurut Guru Besar, jenazah Allahyarham akan sedang berada di Pengkalan Bharu, Pantai Remis, Manjung.

Jenazah akan dikebumikan selepas Asar, kata Guru Besar melalui sms sebentar tadi. Kami mendoakan agar Cikgu Surani dan keluarga tabah menghadapi dugaan dan ujian ini.

Marilah kita sama-sama sedekah bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang yang bertaqwa di sisi Allah SWT, Insya Allah.

Al-Fatihah.
Read more...

Labels:

Suasana calon UPSR ketika keputusan diumumkan

Posted by j-qaf at Friday, November 20, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Terkini Suasana ketika keputusan diumumkan Guru Besar.

Read more...

Labels:

25 orang mendapat 5A

Posted by j-qaf at Wednesday, November 18, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Terkini!: Seramai 25 orang murid SK Seri Bayu mendapat 5A daripada 132 orang calon yang menduduki UPSR bagi tahun 2009. Keputusan itu telah diumumkan di Sudut Ilmu sebentar tadi oleh Guru Besar, Haji Ahmad Dalail b. Mohd Rakim.



Ibubapa juga turut hadir ketika pengumuman itu bagi mengetahui pencapaian anak masing-masing di samping memberi sokongan moral kepada anak-anak.

Tahniah diucapkan kepada murid yang berjaya.

Berita lanjut akan menyusul.
Read more...

Labels:

Sambutan Hari Kokurikulum 2009

Posted by j-qaf at Monday, November 16, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SKSB, 11 Nov: SK Seri Bayu telah mengadakan sambutan Hari Kokurikulum bagi tahun 2009 peringkat sekolah di Dataran Wawasan SK Seri Bayu. Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar, Tuan Haji Ahmad Dalail bin Mohd Rakim.


Pelbagai acara telah diatur oleh pihak urusetia program selepas selesai perasmian. Antaranya ialah acara senamrobik beramai-ramai, sukaneka antara rumah-rumah sukan serta pertandingan memasak dan memasang khemah antara Kelab dan Unit Beruniform.

Semua murid menyertai pertandingan termasuklah juga acara bagi pra sekolah dan pendidikan khas.
Read more...

Labels:

Program RIMUP 2009 Sekolah Wawasan

Posted by j-qaf at
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SKSB, 4 Nov: Satu program atas nama Sekolah Wawasan telah diadakan iaitu Program Rimup Tahunan bagi tahun 2009 di Dataran Wawasan SK Seri Bayu. Program ini disertai oleh 3 buah sekolah yang terdiri daripada SK Seri Bayu, SJKT Mukim Pundut dan SJKC Ping Min Pundut. Ketiga-tiga sekolah ini adalah mewakili tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.


Matlamat utama program ini adalah untuk menjalin hubungan silaturahim antara murid dan guru demi mencapai "1Malaysia".

Acara yang diadakan dalam program tahunan Sekolah Wawasan ini ialah tarian klasik bagi ketiga-tiga kaum iaitu tarian Zapin, tarian Cina dan tarian klasik India.
Read more...

Labels:

Majlis penyerahan kunci Studio KPEC SKSB

Posted by j-qaf at
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SKSB, 13 Okt: Satu Majlis Penyerahan Kunci Studio Kreatif KPEC telah berlangsung di SK Seri Bayu kira-kira 2 petang. Ianya disempurnakan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Tuan Haji Rozi Bin Puteh Ismail.

Turut hadir bersama beliau adalah Dato' Yaacob Bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif KPerak Inc Corporation, Encik Mohamad Ishak Bin Mohamad, Pegawai Kurikulum (KPD/ICT) Unit Kurikulum, Encik Muhd Suod Bin Mat Thani, Pegawai Pelajaran Daerah Manjung. Juga turut hadir ialah YDP PIBG SK Seri Bayu.


5 buah sekolah yang turut serta dalam program KPEC terdiri daripada SK Seri Bayu Seri (tuan rumah perasmian), SK Seri Ampang Ipoh, SK Seri Adika Raja Gerik, SMK Raja Perempuan Kalsom Kuala Kangsar dan SMK Matang Taiping.

( Gambar kanan: Ucapan perasmian )


Program ini merupakan sebahagian daripada memperkasakan sekolah dalam bidang ICT yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran secara online dan aplikasi menggunakan internet dalam pembelajaran murid.

( Gambar kiri: Murid sedang mengikuti pembelajaran sambil diperhatikan oleh YDP PIBG SKSB )
Read more...

Labels:

Sambutan hari raya peringkat sekolah

Posted by j-qaf at Monday, October 12, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SKSB, 1 Okt: -- Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 telah diadakan di peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Bayu. Majlis ini diadakan serentak dengan sambutan Hari Kanak-kanak 2009 peringkat sekolah.


Majlis telah bermula pada 7.30 pagi dengan bacaan doa, ucapan Guru Besar, persembahan murid-murid SK Seri Bayu.

Acara-acara lain yang turut diadakan bersempena dengan sambutan hari mulia dan Hari Kanak-kanak ini ialah pertandingan mewarna Tahap 1, Ujian Tilawah Al-Quran bagi murid tahap 2.

Acara kemuncak sambutan ini ialah jamuan raya telah diadakan pada jam 10.30 pagi. Murid tahap satu mengadakan jamuan raya di dalam kelas disamping murid tahap dua mengadakan jamuan di Sudut Ilmu bersama-sama dengan guru-guru yang tidak terlibat dengan kelas. Majlis diadakan dengan meriah sekali dengan pelbagai juadah dan hidangan guru dan murid yang dibawa dari rumah masing-masing.

Bersempena dengan Hari kanak-kanak, sekolah telah memilih Tokoh Murid Mithali Tahun 2009 iaitu, Muhammad Audy Bin Muhd Shaiful Adli Chung dan Farah Nadiah Binti Fathullah.

Berikut adalah warna warni kemeriahan sambutan hari raya:



Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Read more...

Labels:

Majlis khatam tadarus Ramadhan 2009 peringkat sekolah

Posted by j-qaf at
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SKSB, 18 Sept -- Bersempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, Panitia Pendidikan Islam SK Seri Bayu telah mengadakan Program Tadarus peringkat sekolah yang disertai murid-murid tahap dua. Tadarus itu diadakan selama sebulan di bulan Ramadhan bertempat di Sudut Ilmu. Selepas semua murid yang terlibat sudah khatam, pihak panitia telah mengadakan Majlis Khatam peringkat sekolah yang berlangsung di Dataran Wawasan.


Semua murid SK Seri Bayu berkumpul di Dataran Wawasan bagi meraikan majlis tersebut. Khatam Al-Quran itu telah diketuai oleh Ustaz Mohd Helmi ( guru j-QAF ) sebagai khalifah. Selepas selesai majlis bacaan Al-Quran oleh peserta khatam, majlis penyampaian duit raya dan cenderahati kepada peserta khatam telah diadakan.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran YDP PIBG SK Seri Bayu dan semua guru yang beragama Islam. Guru Besar dan YDP PIBG SK Seri Bayu telah menyempurnakan penyampaian duit raya dan cenderahati kepada semua peserta dan guru-guru.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberi kerjasama bagi menjayakan program ini. Jazakumullah khairan jaza`.

Read more...

Labels:

Majlis sumbangan raya

Posted by j-qaf at
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SKSB, 17 Sept -- Majlis penyampaian sumbangan hari raya telah diadakan sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2009 bersamaan 1430 Hijriah. Majlis ini merupakan sebahagian daripada program Ihya Ramadhan yang dilaksanakan setiap tahun di SK Seri Bayu melalui Panitia Pendidikan Islam sebelum kedatangan hari lebaran yang mulia.


Majlis itu telah diadakan pada waktu pagi ketika perhimpunan harian sekolah di Dataran Wawasan. Majlis penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Seri Bayu, Haji Ahmad Dalail bin Mohd Rakim.

Murid yang menerima sumbangan terdiri daripada anak yatim dan anak kurang upaya ( murid pendidikan khas. Para penerima sumbangan telah menerima duit raya dan bungkusan cenderahati yang telah disediakan oleh Panitia Pendidikan Islam bagi meringan bebanan atau menggembirakan anak-anak yang kurang bernasib baik bagi menyambut hari lebaran.

Read more...

Labels:

Jamuan raya esok !

Posted by j-qaf at Tuesday, September 29, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SK Seri Bayu akan mengadakan jamuan raya peringkat sekolah esok (Khamis, 01 Okt 2009) di Dataran Wawasan. Bersempena jamuan itu, pihak sekolah juga mengadakan sambutan secara bersama Hari Kanak-kanak tahun 2009.


Panitia Agama Islam sebagai penganjur jamuan tidak ketinggalan mengadakan pertandingan cari bakat dari kalangan murid dalam pertandingan Tilawah Al-Quran.

Berita seterusnya akan menyusur.
Read more...

Labels:

H1N1: SKSB cuti bermula 17 hingga 23 Ogos

Posted by j-qaf at Monday, August 17, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Hasil perbincangan Guru Besar dengan pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, Sekolah Kebangsaan Seri Bayu telah diberi cuti bermula 17 Ogos sehingga 23 Ogos ini. Nasihat Pejabat Kesihatan Daerah itu dibuat semalam kerana disebabkan beberapa murid telah dikuarantin dan berjaga-jaga agar penularan wabak H1N1 itu dapat diatasi.


Semalam, dalam taklimat khas guru-guru, Guru Besar telah mengumumkan cuti tersebut agar semua murid dan staf sekolah dapat berjaga-jaga dengan penularan itu.

Nasihat Guru Besar juga agar semua kakitangan dan sekolah tidak sesuka hati keluar daripada rumah ketika bercuti. Beliau juga mengharapkan semua staf menjaga kesihatan.

Cuti yang diberikan selama 7 hari sehingga disambung terus kepada cuti penggal kedua 2009. Sekolah dijangka akan bermula semula pada 31 Ogos depan.

Selamat bercuti.

Read more...

Labels:

Selamat Bercuti

Posted by j-qaf at Monday, June 1, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Kami, guru-guru j-QAF SK Seri Bayu mengucapkan selamat bercuti pertengahan tahun kepada semua warga sekolah SK Seri Bayu dan semua warga guru seluruh negara amnya.

Semoga percutian kita diisi dengan perkara berfaedah, Insya Allah.

"SELAMAT BERCUTI"

Khas daripada: j-QAF SKSB TeamWorks Read more...

Labels:

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan

Posted by j-qaf at Wednesday, April 29, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SUDUT ILMU SKSB, 21 April -- Majlis keraian perpisahan persaraan Encik Mohd Nor Bin Abdullah, PAR SKSB telah diadakan. Beliau telah berkhidmat selama 29 tahun dalam perkhidmatan awam. Majlis diadakan diwaktu pagi bersama-sama dengan guru-guru dan murid-murid SKSB.


SEKITAR MAJLIS PERSARAAN ENCIK MOHD NOR DI SEKOLAH.





MAJLIS PERSARAAN & JAMUAN PERPISAHAN & SELAMAT DATANG DI ORCHARD INN.

Majlis jamuan persaraan, perpisahan & selamat datang guru baru ke SKSB telah diadakan di Orchard Inn, Lumut. Semua guru, kakitangan SKSB dan kakitangan yang diraikan hadir. Penyampaian Watikah surat persaraan telah disampaikan oleh PPD manjung




Read more...

Labels:

Hari profesional peringkat negeri Perak SKSB 2009

Posted by j-qaf at Sunday, April 12, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit















Perasmian majlis Hari Profesional dengan oleh Penolong Pengarah ICT dan Pengkomputeran JPN Perak, Encik Mohamad Ishak bin Mohamad
















Sebahagian guru-guru SKSB yang hadir Hari Profesional
Read more...

Labels:

Persekolahan sesi 2009 bermula

Posted by j-qaf at Wednesday, December 31, 2008
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Sesi persekolahan bagi tahun 2009 bakal bermula iaitu pada 4 Januari bagi negeri pantai timur dan 5 Januari bagi negeri pantai barat. Read more...

Labels:

43 orang 5A di SK Seri Bayu

Posted by j-qaf at Wednesday, November 12, 2008
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Manjung: Keputusan UPSR seluruh negara seramai 46,641 pelajar atau 9.2 peratus daripada 518,616 pelajar mendapat keputusan cemerlang semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

Di SK Seri Bayu, Manjung, seramai 43 orang murid mendapat 5A. Ia meningkat dari segi bilangan murid yang mendapat A dala semua matapelajaran berbanding tahun lepas iaitu 23 orang mendapat A dalam semua matapelajaran.

Tahniah diucapkan kepada murid yang berjaya. Semoga kejayaan sentiasa bersama anda semua. Read more...

Labels:

Warna Warni 2008

Posted by j-qaf at Tuesday, November 11, 2008
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Warna warni kenangan warga SK Seri Bayu tahun 2008. Antara suasana kemeriahan program dan telatah murid dan guru yang sempat dirakamkan sebelum tahun 2008 melabuhkan tirainya.

Telatah murid membuat latihan untuk persembahan murid j-QAF (Bahasa Arab).













Suasana Pembelajaran Dalam Kelas

Suasana murid sedang membuat latihan/ latih tubi dalam kelas.














Hari Sukan

Suasana gerai Kelab Guru SKSB ketika hari sukan sekolah. Penolong Kanan 1, Ketua Panitia Pend. Islam dan guru-guru sedang asyik melayan karenah murid membeli burger.












Sambutan Maulidur Rasul

Penyelia Pendidikan Islam & Moral PPD Manjung sedang memberi ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Seri Bayu di Dataran Wawasan.












Majlis Khatam Al-Quran sempena Ihya Ramadhan

Suasana Majlis Khatam Al-Quran sempena Ihya Ramadhan peringkat sekolah.












Guru Besar sedang menyampaikan cenderahati kepada peserta Khatam Al-Quran.













Sambutan Hari Kebangsaan

Murid sedang menyanyi lagu patriotik sambil melihat lirik lagu ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah.












Suasana kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah.












Bendera dikibarkan menyatakan kecintaan kepada tanahair. Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Sekolah Wawasan( SKSB, SJK(T), SJK(C).












Kelas j-QAF

Suasana kelas Al-Quran( j-QAF ). Murid-murid sedang membaca Al-Quran dengan dipimpin oleh guru.












Murid khusyuk membaca Al-Quran. Read more...

Labels: