TopBottom

Announcement: Selamat bercuti. Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah yang bakal menjelang.

Boikot Barangan Israel dan sekutunya

Posted by j-qaf at Monday, January 12, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit



Demi dunia Islam sejagat, kita sebagai orang yang mengaku beriman hendaklah bersama-sama dalam perjuangan umat Islam di Palestin yang dicemari oleh darah hasil kekejaman pengganas zionis Israel dan sekutunya. Selain bantuan dari segi material, kita juga perlu menghadirkan semangat spiritual kita dalam menyatakan bantahan kita terhadap keganasan Israel.


Seluruh pelusuk dunia mengadakan bantahan secara demontrasi dan sebagainya. Ada juga yang mencadangkan boikot barangan Israel dan sekutunya. Sejak berzaman lagi perkara boikot ini sentiasa menjadi isu apabila kita berhadapan dengan musuh yang menjadi kuasa besar dunia dari segala genap termasuklah mereka menguasai ekonomi dunia. Banyak rangkaian mereka diimport keseluruh dunia dalam pelbagai perjanjian perdagangan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.


Bertitik tolak daripada itu lah, kita perlulah memikirkan akan kesan, hasil yang akan dicapai apabila kita ingin lakukan boikot terhadap pengaruh ekonomi zionis dan sekutunya. Kita perlu memastikan pemboikotan kita ini tidak separuh jalan kerana semata-mata emosi kemarahan ketika pembunuhan berlaku dan kita akan lupa boikot apabila terhentinya pembunuhan itu. Apakah pada masa itu kita sudah memaafkan mereka? Jawabnya tidak. Umat Islam tidak boleh dijadikan gula-gula oleh mereka. Kesatuan umat Islam mesti disatukan selama-selamanya.


Kita tidak perlu tunggu musuh mengebom kita, menyerang kita dan menekan kita dahulu kemudian barulah kita ingin memikirkan cara untuk melemahkan mereka. Adakah masa itu kita merasakan ianya berbaloi? Sudah berapa lama Israel dan sekutunya mengebom, menembak, membuli rakyat Palestin?


Jadi bermula hari ini, kita hendaklah istiqamah, berterusan memboikot kepentingan Israel dan sekutunya ini sebagai memberi pengajaran berguna kepada mereka akan kekuatan Islam.


Sebelum itu, marilah kita memikir matlamat dan target kita.


Matlamat Boikot: untuk melumpuh/ melemahkan pasaran ekonomi mereka, tapi bagaimana dengan pekerja-pekerja diberhentikan.??kena cari alternative. Contohnya, dahulu kita pernah mendengar boikot 'Coca Cola', maka kerajaan Iran mencari alternatif memasarkan produk Zam-Zam Cola. Barulah matlamat melumpuhkan berjaya. Sekiranya tidak berupaya menyediakan alternatif, matlamat melemahkan menjadi fokus utama.


Sasaran Boikot: sasaran tempoh. Berapa lama tempoh boikot? 2 bulan, 3 bulan, setahun atau selama-lamanya..? Tempoh boleh dijadikan senjata ugutan terhadap yang diboikot. Rasanya kalau betul-betul kempen boikot berjalan selama 6 bulan secara menyeluruh, pastinya 'matlamat' yang kita bincangkan tadi berjaya, InsyaAllah.


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Labels:

0 comments:

Post a Comment