Ihtifal j-QAF peringkat Daerah Manjung 2009
Posted by
j-qaf at Saturday, October 24, 2009
|
Share this post:
|
0 Comments
SK Seri Bayu, 22 Okt: Ihtifal j-QAF peringkat Daerah Manjung akan diadakan pada 7 November ini kata Pegawai Khas Unit Pendidikan Islam & Moral PPD Manjung, Ustaz Mohamad Amini b. Mat Ali di sini semalam.
Beliau menyatakan perkara itu ketika ucapan alu-aluan program Kursus SP & HSP Bahasa Arab tahun 3 bagi guru j-QAF opsyen Bahasa Arab peringkat Daerah Manjung di Dewan Samudera, SK Seri Bayu.
Ihtifal daerah di peringkat awalnya dirancang pelaksanaanya selepas selesai peringkat saringan setiap bulan lepas. Namun atas arahan Tuan Pegawai PPD Manjung kerana disebabkan penularan H1N1 baru-baru ini terpaksa ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan.
Selepas penularan dilihat berada dalam keadaan stabil, pihak PPD Manjung melalui Unit Pendidikan Islam & Moral telah menetapkan tarikh 7 November akan diadakan Ihtifal j-QAF.
Antara kategori yang dipertandingkan ialah, Tilawah lelaki & perempuan, Kuiz j-QAF dan Kalam Jama`ie.
SK Seri Bayu merupa antara sekolah yang terlibat dalam pertandingan akhir peringkat daerah itu dalam acara kuiz selepas mendapat johan di peringkat saringan baru-baru ini.

About
Contact









