TopBottom

Announcement: Selamat bercuti. Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah yang bakal menjelang.

Segera membuat kemas kini data – Ustaz Amini

Posted by j-qaf at Saturday, October 24, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SK Seri Bayu, 22 Okt: Guru j-QAF diminta membuat persiapan untuk kemas kini data j-QAF bagi bulan Oktober dengan seberapa segera sebelum dipanggil bagi pengumpulan data di PKG Sitiawan November depan.


Peringatan ini dibuat oleh Ustaz Mohamad Amini, Pegawai Khas Unit Pendidikan Islam & Moral PPd Manjung ketika berucap dalam majlis kursus guru j-QAF di SK Seri Bayu semalam.

Kepada guru yang ditugas oleh sekolah masing-masing, bolehlah membuat pengisian data itu selepas selesai pelaksanaan PKSR kerana markah PKSR Bahasa Arab perlu diisi dalam data berkenaan.

Ustaz Amini mengatakan, data itu perlu disegerakan kerana untuk mengelak daripada berlakunya kesilapan teknikal ketika pengumpulan data nanti.

Labels:

0 comments:

Post a Comment