TopBottom

Announcement: Selamat bercuti. Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah yang bakal menjelang.

Ihtifal j-QAF peringkat daerah Manjung 2009

Posted by j-qaf at Monday, November 16, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SK Seri Manjung, 7 Nov -- j-QAF Daerah Manjung anjuran PPD Manjung telah melaksanakan satu program kemuncak Ihtifal j-QAF akhir 2009 di SK Seri Manjung baru-baru ini. Peserta-peserta yang menyertai terdiri daripada pemenang saringan yang telah dilakukan sebelum ini.


Ihtifal peringkat daerah ini telah dilewatkan pelaksanaannya kerana arahan daripada PPD untuk menangguhkan buat sementara waktu semua program. Ia disebab penularan virus selesema H1N1 yang membimbangkan.

Selepas penularan virus berkenaan telah reda, Ihtifal j-QAF telah dilaksanakan dengan jayanya.

Antara acara yang dipertandingankan peringkat akhir ini ialah, Kalam Jama`ie, Tilawah dan Kuiz j-QAF.

SK Beruas telah menjuarai pertandingan Kalam Jama`ie mengalahkan 5 sekolah lagi yang dapat ke peringkat akhir. Tilawah lelaki pula dimenangi peserta dari SK Dato` Seri manakala bahagian perempuan dimenangi oleh tuan rumah, SK Seri Manjung. Kuiz j-QAF pula dimenangi oleh SK TLDM 1.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran daerah Manjung, Encik Muhd Suod bin Mat Thani. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

SK Seri Bayu juga turut menyertai pertandingan akhir itu dalam acara Tilawah lelaki ( tempat keempat ) dan Kuiz j-QAF ( tempat ketiga ).

Tahniah diucapkan kepada pemenang!

Labels:

0 comments:

Post a Comment