Kursus Kecemerlangan Bahasa Arab Sekolah Rendah 2009
Posted by
j-qaf at Tuesday, August 4, 2009
|
Share this post:
|
0 Comments
SK Seri Bayu, 5 Ogos: Daerah Manjung telah mengada Kursus Kecemerlangan Bahasa Arab Sekolah Rendah Program j-QAF dengan anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak dibawah seliaan PPD Daerah Manjung.
Kursus ini diadakan selama dua hari bermula 5 hingga 6 Ogos bertempat di Dewan Samudera, Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Kompleks Sekolah Wawasan Manjung.
Kursus ini diadakan bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran Guru j-QAF opsyen Bahasa Arab di sekolah masing-masing.
Pengisian kursus terdiri pembentangan teknik pengajaran, antaranya Lughatul Fasl, Toriq Mubasyarah, Al`ab al-Lughawiyah disamping diadakan bengkel dan pembentangan dalam kumpulan.
Kursus turut dilawati atau dipantau oleh Pegawai j-QAF Perak, Ustaz Lutfi, wakil daripada IPGM Kampus Tuanku Bainun, Encik Fadzil dan Pegawai Khas Pendidikan Islam dan Moral Daerah Manjung.
Ketika ini, kursus masih lagi berjalan dengan sesi pembentangan kumpulan oleh peserta untuk modul Lughatul Fasl.
Selamat Berkursus

About
Contact









