Pemantauan perjalanan j-QAF di setiap sekolah
Posted by
j-qaf at Monday, August 3, 2009
|
Share this post:
|
0 Comments
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat pemantauan di beberapa sekolah di negeri Perak pada 20-22 Julai 2009. Antara sekolah yang terlibat ialah sekolah di daerah Kinta Utara, Hulu Perak dan Kerian.
Antara isu yang dipantau ialah kebajikan dan kemudahan guru dijadikan fokus utama di samping melihat pencapaian murid-murid khususnya di pendalaman.
Sementara itu Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak sedang menyusun pemantuan fasa II di semua daerah untuk penggal kedua.
Pemantauan kali ini bagi melihat pelaksanaan program kecemerlangan j-QAF seperti yang disarankan dalam surat siaran bil 4/2009 bertarikh 23 Februari 2009.
Pihak Jabatan juga berhasrat untuk melihat Pelaksanaan Kem Bestari Solat seiring dengan peruntukan yang telah disalurkan ke sekolah-sekolah pada penggal pertama persekolahan yang lalu.
Jabatan juga mengharapkan semua sekolah dapat mengemaskini sistem fail khususnya yang melibatkan pencapaian murid-murid di sekolah masing-masing.
Sumber: j-QAF Perak

About
Contact









