Majlis sumbangan raya
Posted by
j-qaf at Monday, October 12, 2009
|
Share this post:
|
0 Comments
SKSB, 17 Sept -- Majlis penyampaian sumbangan hari raya telah diadakan sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2009 bersamaan 1430 Hijriah. Majlis ini merupakan sebahagian daripada program Ihya Ramadhan yang dilaksanakan setiap tahun di SK Seri Bayu melalui Panitia Pendidikan Islam sebelum kedatangan hari lebaran yang mulia.
Majlis itu telah diadakan pada waktu pagi ketika perhimpunan harian sekolah di Dataran Wawasan. Majlis penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Seri Bayu, Haji Ahmad Dalail bin Mohd Rakim.
Murid yang menerima sumbangan terdiri daripada anak yatim dan anak kurang upaya ( murid pendidikan khas. Para penerima sumbangan telah menerima duit raya dan bungkusan cenderahati yang telah disediakan oleh Panitia Pendidikan Islam bagi meringan bebanan atau menggembirakan anak-anak yang kurang bernasib baik bagi menyambut hari lebaran.

About
Contact









