TopBottom

Announcement: Selamat bercuti. Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah yang bakal menjelang.

Majlis khatam tadarus Ramadhan 2009 peringkat sekolah

Posted by j-qaf at Monday, October 12, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

SKSB, 18 Sept -- Bersempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, Panitia Pendidikan Islam SK Seri Bayu telah mengadakan Program Tadarus peringkat sekolah yang disertai murid-murid tahap dua. Tadarus itu diadakan selama sebulan di bulan Ramadhan bertempat di Sudut Ilmu. Selepas semua murid yang terlibat sudah khatam, pihak panitia telah mengadakan Majlis Khatam peringkat sekolah yang berlangsung di Dataran Wawasan.


Semua murid SK Seri Bayu berkumpul di Dataran Wawasan bagi meraikan majlis tersebut. Khatam Al-Quran itu telah diketuai oleh Ustaz Mohd Helmi ( guru j-QAF ) sebagai khalifah. Selepas selesai majlis bacaan Al-Quran oleh peserta khatam, majlis penyampaian duit raya dan cenderahati kepada peserta khatam telah diadakan.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran YDP PIBG SK Seri Bayu dan semua guru yang beragama Islam. Guru Besar dan YDP PIBG SK Seri Bayu telah menyempurnakan penyampaian duit raya dan cenderahati kepada semua peserta dan guru-guru.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberi kerjasama bagi menjayakan program ini. Jazakumullah khairan jaza`.

Labels:

0 comments:

Post a Comment