Sambutan hari raya peringkat sekolah
Posted by
j-qaf at Monday, October 12, 2009
|
Share this post:
|
0 Comments
SKSB, 1 Okt: -- Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 telah diadakan di peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Bayu. Majlis ini diadakan serentak dengan sambutan Hari Kanak-kanak 2009 peringkat sekolah.
Majlis telah bermula pada 7.30 pagi dengan bacaan doa, ucapan Guru Besar, persembahan murid-murid SK Seri Bayu.
Acara kemuncak sambutan ini ialah jamuan raya telah diadakan pada jam 10.30 pagi. Murid tahap satu mengadakan jamuan raya di dalam kelas disamping murid tahap dua mengadakan jamuan di Sudut Ilmu bersama-sama dengan guru-guru yang tidak terlibat dengan kelas. Majlis diadakan dengan meriah sekali dengan pelbagai juadah dan hidangan guru dan murid yang dibawa dari rumah masing-masing.
Bersempena dengan Hari kanak-kanak, sekolah telah memilih Tokoh Murid Mithali Tahun 2009 iaitu, Muhammad Audy Bin Muhd Shaiful Adli Chung dan Farah Nadiah Binti Fathullah.
Berikut adalah warna warni kemeriahan sambutan hari raya:

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

About
Contact









