TopBottom

Announcement: Selamat bercuti. Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah yang bakal menjelang.

Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia

Posted by j-qaf at Thursday, December 17, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak negara yang menamatkan kemarau emas selama 20 tahun selepas menumpaskan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-25, pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional sebentar tadi.

Jaringan kemenangan berpunca daripada perebutan depan gawang Vietnam ketika hantaran lintang daripada Safiq Rahim, yang ditujukan kepada pemain gantian, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak, ditampan oleh Mai Xuan Hop dan masuk ke gawangnya sendiri.

Malaysia kali terakhir mendapat emas di Sukan SEA dalam acara bola sepak ialah ketika edisi di Kuala Lumpur (1989) di bawah bimbingan jurulatih dari Britain, Trevor Hartley.

Kedua-dua pasukan dilihat berhati-hati menyebabkan bola banyak berlegar di tengah padang dan sesekali, pemain Vietnam yang terkenal dengan larian laju cuba menguji penjaga gawang Malaysia, Mohd Sharbinee Allawee dengan percubaan jarak jauh.

Kesempatan terbaik Malaysia untuk membolosi gawang lawan muncul pada minit ke-29 tetapi tandukan S.Kunalan melepasi palang gol.

Terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan menggandakan asakan untuk mencari gol pembukaan.

Malaysia tampak mendominasi perlawanan separuh masa kedua bila berjaya mengekang asakan lawan dan menghentikan hantaran jauh mereka menyebabkan penyerang lawan tidak mendapat bantuan apabila berada di hadapan pintu gol Malaysia.

Benteng Malaysia yang dikendalikan oleh Sabre Mat Abu perlu diberi pujian kerana berjaya mengekang asakan lawan disamping kekentalan penjaga gawang, Mohd Sharbinee Allawee. Ketika barisan penyerang Malaysia pula ketandusan idea, Rajagobal memasukkan Mohamad Zaquan Adha bagi menggantikan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-69.

Kemasukan penyerang itu jelas memberi nafas baru kepada pasukan namun banyak percubaan di depan gawang lawan masih belum mampu mencecah jaring Vietnam.

Namun pada minit ke-84, pasukan Malaysia berjaya menggamit emas dengan jaringan 1-0 sehingga masa tambahan tamat.

Labels:

0 comments:

Post a Comment