TopBottom

Announcement: Selamat bercuti. Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah yang bakal menjelang.

Warna-warni Hari Anugerah Cemerlang 2009

Posted by j-qaf at Friday, December 18, 2009
Share this post:
Ma.gnolia DiggIt! Del.icio.us Yahoo Furl Technorati Reddit

Jumaat, 20 Nov: Jam 8.00 malam, Hari Anugerah Cemerlang SKSB Tahun 2009 telah berjaya diadakan di Dataran Wawasan SKSB. Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran oleh Tuan Haji Ahmad Shazali bin Haji Mohd Amin, Mantan Pegawai Pelajaran Daerah (R) Manjung ( sebagai Perasmi Majlis ).

Turut bersama beliau adalah Tuan Haji Massuti bin Topo, Penyelia Sekolah Rendah Daerah Manjung, Encik Tajul Ashikin bin Tajul YDP PIBG SKSB dan Puan Malliga Davi a/p Muniandy Guru Besar SJKTMP. Lebih kurang 100 orang tetamu telah menghadiri dalam majlis ini untuk menyaksi majlis tersebut walaupun dalam keadaan hujan.

Pelbagai acara telah disediakan untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Antaranya adalah : Persembahan Nasyid, Tarian Robotik ( oleh murid Pendidikan Khas ), Persembahan Orchestra, Penyampaian Hadiah Kedudukan, Matapelajaran Terbaik, Anugerah Khas Kebangsaan, Anugerah Tunas Harapan, Anugerah 5A, Anugerah Nilam, Anugerah Khas Guru dan Tokoh Murid 2009. Majlis bersurai pada pukul 11.00 malam. Tahniah dan syabas kepada semua yang telah bekerja keras untuk menjayakan majlis tersebut.

Tokoh Guru SKSB tahun 2009 : Uztah Ahmad Fuad b Samson dan Puan Nor Izzah bt Abdul Karim
Tokoh murid SKSB tahun 2009 : Mohamad Afiq Syazwan bin Mohd Yusof dan Siti Nurhani Hazwani binti Abdul Dahaman.

Labels:

0 comments:

Post a Comment